Broadbandreports.com New Recipes · Old Recipes · Enjoy

Sunday, June 21, 2009

udang & avocado barquettes

12062008510

appetiser yang kiut miut...sedap bila hidang nampak kelas gitu...

Bahan-bahan ( 20biji )
  • crust/base: bleh refer base cornish : http://myresipi.com/top/detail/4361
  • 4 biji avocado yang dah masak- di lenyek /blend kemudian simpan kat bekas yang bertutup
  • 235ml mayonis
  • 60ml jus lemon
  • garam dan serbuk black pepper secukup rasa
  • 225g udang yang di rebus, dibuang kulitnya
  • 4sb parsely segar yang di cincang halus

Cara-cara

  1. panaskan oven 190c. untuk base kepada barquettes ni, ambil doh kemudian roll kan sehingga ketebalan mengikut citarasa kita. tapi seeloknya jangan terlalu tebal sebab doh nih akan mengembang bila bakar.
  2. transfer doh yang dah di roll tadi pada bekas tart yang kecil. padankan dengan tekan2 sikit doh pada bekas. kemudian trimkan selebihnya.
  3. ulang cara nih sehingga habis doh. nih macam nak buat fruit tart lah nih base dia...pastu bakar sehingga golden brown. sejukkan.
  4. campurkan avocado lenyek + mayonis + jus lemon gaul sehingga rata.
  5. masukkan garam dan black pepper secukupnya. gaul rata. kemudian masukkan kedalam piping bag kemudian pipe kan ke dalam tart crust.
  6. letakkan seekor atau setengah ekor udang sebagai topping kemudian garnish dengan parsely. boleh di hidang.

No comments:

Post a Comment