Broadbandreports.com New Recipes · Old Recipes · Enjoy

Monday, March 22, 2010

Nasi Ayam Penyet Batam






When I went to Batam during CNY holiday, I really can't stop eating their nasi ayam penyet. So I decided to cook my own. After cooking, I found the taste is same with the Indonesian one. Here I would like to share the recipe with all of my friends!

Bahan-bahan untuk sambal belacan
5 biji cili merah hidup- digoreng 15minit
5 biji cili api- digoreng 15 minit
2 inci belacan yang dah dibakar
segenggam assam jawa[buatkan jusnya dengan sidikit air,biar pekat lagi bagus].
limau kasturi masa dihidang

Cara- caranya
1. Seperti biasa bahan tadi kecuali air asam dikisar, jgn sampai lumat. Barulah dimasukkan air asam tuuu. Kacau sedikit.
2. Sampai sebati semua bahanya, siap dan dihidangkan.

Ayam goreng
1 kilo kepak ayam
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari
secukup garam
segengam tepung beras

Caranya;
Gaul semua bahan bersam ayam hingga sebati dan perapkan 30minit. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Dihidangkan bersama nasi putih, daun salad, timun, tempeh goreng (optinal), kacang botto (optional), sambal belacan dan sup daging.

Resepi Nasi Ayam Penyet Johor

resepi-nasi-ayam-penyet-special
wahhh..my feberet ni tau. tapi kalau tanya orang KL, ramai masih kurang kenal nasi ayam penyet ni. search kat google pun tak ramai yang post..so saya nak kongsilah resepi nasi ayam penyet ni. Tapi awas, kalau korang jenis tak tahan sabar bahaya makan ayam penyet ni.

Kenapa bahaya? sebab sambalnya mesti pedas dan ini akan menambahkan ketidaksabaran korang. Yang lagi penting ialah, korang takkan sabar nak tunggu restoran tu bukak nak beli ayam penyet. Dah ramai yang kena penyakit ni, mujurlah saya kena sikit je..hehe
Apa specialnya nasi ayam penyet ni sampaikan saya membawanya sebagai menu tengahari untuk seminar blogging pada 18 oktober ni? haaa..rahsianya pada ayam yang diperap dan digoreng garing beserta sambal yang cukup membuatkan orang menangis mengalahkan sedih tengok filem hindustan. Tapi yang bagusnya nasi ayam penyet ini ialah kekadang anda akan berpeluh-peluh lepas makan macam baru balik jogging..hehe
Ok..kembali ke resepi ayam penyet:

1- Ayam:

1/4 ayam tua (pencen)

2- Bahan untuk perap ayam:

4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar ketumbar
* semua bahan ni dikisar

3- Cara menyediakan ayam penyet:

  1. Ayam diperap 30 hari minit dengan barang yang dikisar tadi tu (bahan untuk perap ayam) dengan sedikit garam
  2. Rebus ayam tadi sehingga empuk sebelum digoreng garing
  3. Kemudian hidangkan bersama hirisan timun, salad, kobis dan ulam-ulam yang anda suka

4- Menyediakan sambal

  1. Bahan-bahan ialah 20 biji cili api, 5 biji cili merah, 3 biji tomato dan 3 inci belacan.
  2. Semua bahan ini digoreng terlebih dahulu sebelum ditumbuk (nak blend pun boleh).

5- Cara nak makan:

  1. 1 pinggan nasi putih (beserta nasi tambah)
  2. 1 pinggan ayam yang telah siap digoreng tadi pada step 3
  3. 1 mangkuk sambal
  4. 1 mangkuk sup
  5. 1 jag gelas air suam :)
*kalau nak rasa nikmatnya dan malas nak masak, saya sarankan pergi je kat Restoran Ayam Penyet Pinang di hadapan Apartment Melana, Tmn Universiti, Skudai ni..memang tip top. Kalau datang silap masa (biasanya pukul 7-8) memang korang takkan ada kerusi nak duduk sebab penuh.